Saturday, December 10, 2011

Contoh RPH BM THN 2 KSSR (2)

Contoh 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
Kelas
2A
Tema
Kekeluargaan
Tajuk
Kebun Datuk Saya
Standard Pembelajaran
4.1.1
Objektif Pembelajaran
Murid berupaya untuk
1.    Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
2.    Menamakan lima jenis haiwan yang terdapat dalam gambar.

Aktiviti P&P
1.    Guru memaparkan seni kata lagu menggunakan skrin besar melalui komputer.
2.    Murid  dibimbing membaca seni kata lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.    Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.
4.    Murid menyanyi sambil menggayakan aksi.
5.    Guru menyediakan 5 keping kad perkataan.
6.    Murid diminta menyebut dan membaca nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.
7.    Murid diminta menyanyikan semula lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai sebagai penutup.

Pengisian Kurikulum
1.    Ilmu : Pendidikan Muzik dan
               Pendidikan Moral.
2.    EMK: kreativiti- menyanyi sambil menggayakan
          aksi yang kreatif dan sesuai.
3.    Nilai : Kasih Sayang

Bahan Bantu Belajar
Kad Perkataan, Gambar Haiwan, Seni Kata Lagu
Penilaian P&P
Murid menyanyi lagu secara berpasangan untuk guru membuat penilaian.
Refleksi
38/40 orang murid mencapai objektif P&P.

Tindakan Susulan
Aktiviti Pengayaan- Tuliskan nama-nama haiwan yang betul berdasarkan gambar.

No comments:

Post a Comment